Minggu 5 Individu

Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.








Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
Antara contoh-contoh jenis laman web:


· Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,


BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.